Tazkirah SRI Siri 1 - Kenapa perlu berisghtifar?

Posted by dalila on 04/11/2014 Hits: 20378

Kenapa perlu berisghtifar?

Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.” (Hadis Riwayat Abu Dawud, Tarmidzi dan Ibnu Majah, dishohehkan oleh Imam Tarmidzi)

Kita memandang istighfar sebagai suatu amalan yang perlu dilakukan selepas melakukan dosa, sepertinya selepas sedar dari mengumpat.
Bila ditanya pada diri sendiri, mengapa kita perlu istighfar? maka timbullah jawapan berdasarkan logik akal fikiran.

"Agar tenang", "agar dosa diampunkan", "agar hidup diredhai Allah" dan seterusnya..

ISTIGFAR AGAR MEMPEROLEH PENGAMPUNAN DARI ALLAH S.W.T DALAM SURAH AN-NISA, AYAT 110

"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Ini adalah asas kepada istighfar, dan setiap muslim sepatutnya memahami fungsi istighfar ini.

ISTIGHFAR AGAR MEMPEROLEH PERLINDUNGAN DARI ALLAH S.W.T
Dari surah Al-AnfaI, ayat 33
"Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu (Muhammad saw) berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun"

Dan dari surah Gharfir/Al-Mukmin, ayat 7-10
"(Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arasy dan (malaikat) yang berada di sekelilingnya bertasbih dengan memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memohonkan ampunan untuk orang-orang yang beriman (seraya berdoa):

"Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu yang ada pada-Mu meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan-Mu dan periharalah mereka dari azab neraka.

"Ya Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam syurga dan yang telah Engkau janjikan kepada mereka, dan orang yang soleh diantara nenek moyang mereka, isteri-isteri(dan suami), dan keturunan mereka. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"

"Dan peliharalah mereka dari kejahatan. Dan orang yang Engkau pelihara dari kejahatan pada hari itu, maka sungguh, Engkau telah menganugerahkan rahmat kepadanya dan demikian itulah kemenangan yang agung."

Lihatlah, bagaimana mulianya manusia yang memohon ampun kepada Allah. Sehingga para malaikat mendoakan mereka sedemikian. dan doa para malaikat bukan hanya untuk individu yang memohon ampunan Allah, bahkan untuk nenek moyang (ahli keluarganya yang telah meninggal), pasangannya, dan zuriat mereka (anak, cucu, cicit dan seterusnya).

ISTIGHFAR AGAR MENDAPAT KESENANGAN DAN TERLEPAS DARI KEADAAN RISAU DAN RESAH.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma, bahwa Rasulullah telah bersabda: “Barangsiapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup, dan jadikan setiap kegundah-gulanaannya menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.” (HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Mari dengarkan sebuah kisah dari sebuah kitab Tafsir Al-Maraghi hasil tulisan seorang ulama bernama Ahmad Musthafa Al-Maraghi. kisah tentang seorang tabi'in (generasi ulama selepas sahabat rasulullah) yang bernama Hasan Al-Basri. Hasan sering didatangi mereka yang bertanya hukum agama dan meminta nasihat atas segala persoalan.

Suatu hari Hasan didatangi seorang lelaki yang mengadu tentang kelaparan yang dihadapinya. Hasan dengan penuh perhatian menjawab "Istighfarlah kepada Allah S.W.T"
Datang lagi seorang lelaki meminta Hasan untuk mendoakannya agar dia mempunyai zuriat. Hasan menjawab "beristighfarlah kepada Allah S.W.T"
Kemudian datang lagi seorang lelaki yang kebunnya mengalami kekeringan. Hasan terus menjawab "beristighfarlah kepada Allah S.W.T"
Kelakuan Hasan tadi amat menghairankan penduduk sekitarnya  sehingga seorang dari penduduk itu bertanya kepada Hasan "Beberapa orang lelaki mendatangimu mengeluhkan berbagai persoalan, tetapi engkau hanya menyuruh mereka semua untuk membaca istighfar!”

 

 

Maka Hasan menjawab "Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah S.W.T berfirman (seperti itu)”.
Firman Allah yang dimaksudkan oleh Hasan adalah Surah An-Nuh ayat 10-12 yang bermaksud

"Maka aku (nabi Nuh) berkata (kepada kaumnya) "Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu  sungguh, Dia Maha Pengampun, Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, Dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu"

Contohilah Hasan Al-Basri kerana sikapnya dan pemikirannya yang sentiasa berdasarkan al-quran dan as-sunnah.

ISTIGHFAR SEBAGAI USAHA MEMAKBULKAN DOA
Firman Allah dalam surah Al-Hud, ayat ke-3

"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan ) keutamannya. jika kamu berpaling, Maka Sesungguhnya aku(Muhammad) takut kamu akan ditimpa seksa hari kiamat"

Kali ini, kita bacakan kisah tentang seorang alim yang bernama Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu `Abd Allah al-Shayban yang cukup terkenal dengan nama mazhabnya, iaitu mazhab Hanbali.



Suatu ketika itu, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka tidak mengenalinya (kurangnya teknologi ketika itu). Keadaan sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur didalam sebuah masjid. Tapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di masjid. Imam Ahmad kemudian bertanya kepada penjaga tersebut sama ada dia dibenarkan untuk tidur di luar masjid, penjaga itu melarangnya. Imam Ahmad bertanya lagi jika dia tidak tidur, tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, penjaga itu melarangnya lagi.
 

Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut.
Seorang pembuat roti ternampak kelakuan antara Imam Ahmad dan penjaga masjid tersebut. Setelah jelas akan situasi Imam Ahmad, maka si pembuat roti mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam sahaja dirumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut.
Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar dari si pembuat roti yang sedang sibuk membuat rotinya. Imam Ahmad mendengarkan zikir itu sehingga boleh dikatakan si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam.Paginya Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti mengapa dia beristighfar. maka si pembuat roti menjawab, "Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi".
Imam Ahmad bertanya "Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?.
Jawab lelaki itu " Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal"
Maka kata Imam Ahmad : Saya lah orangnya, Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal, demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret untuk menuju kepadamu."
Besarnya kuasa Allah! Kerana sayangnya Allah kepada si pembuat roti, dibawanya Imam Ahmad kepadanya.

Dalam kisah ini kita juga patut mencontohi akhlak Imam Ahmad. walaupun beliau mengetahui nama beliau amat terkenal dan dihormati, tetapi beliau tidak membanggakan namanya agar memperoleh pertolongan dari manusia. Beliau tidak mengungkit kebaikan yang telah beliau lakukan. kerana jika beliau mengungkit kebaikan yang telah beliau lakukan dengan memberitahu namanya dengan mengharapkan balasan, maka khuatir Allah akan membalas dengan memadam segala amalan yang dibanggakan tadi.

"Jauhilah olehmu akan mengungkit-ungkit pemberian karena yang demikian itu dapat menggagalkan kesyukuran dan menghilangkan pahala." (Hadis Muslim)

Inilah antara kebaikan yang kita perolehi jika kita selalu beristighfar kepada Allah. Sekarang kita boleh lebih menghayati lafaz astaghfirullah hal azim dan yang seteru dengannya.

Bagaimana dan apakah lafaz zikir yang digunakan untuk beristighfar? ucapkanlah apa yang kamu inginkan selagi ianya membawa maksud mengharap pengampunan dari Allah swt, kerana istighfar itu sendiri membawa maksud memohon ampunan dari Allah.

Mudah mudahan tazkirah ini akan memberi manfaat kepada kita dan menjadikan kita orang yang selalu memohon keampunan daripada Allah S.W.T.

Disediakan oleh,

 

Ust. Mohamad Islah bin Soleh

PAUTAN WEB PILIHAN






 

Koleksi Tazkirah SRI

Prev Next

Tazkirah SRI - Siri 7 (Tazkirah Ramadhan…

Tazkirah SRI - Siri 7 (Tazkirah Ramadhan)

TAZKIRAH SRI – SIRI 7 - TAZKIRAH RAMADAN  Dari Abu Hurairah, Ia berkata Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT berfirman: ” Semua amal perbuatan anak adam untuk dia kecuali puasa. Sesungguhnya puasa...

Read more

Tazkirah SRI - Siri 6 (Ahlan Wasahlan Ya…

Tazkirah SRI - Siri 6 (Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan)

TAZKIRAH SRI – SIRI 6 - AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN Ahlan wa sahlan Ramadan. Bergema ucapan alu-aluan daripada muslim yang rindu akan bulan pesta ibadah ini. Kesabaran menunggu selama ini...

Read more

Tazkirah SRI - Siri 5 ( Kisah Taubat Yan…

Tazkirah SRI - Siri 5 ( Kisah Taubat Yang Paling Mengagumkan)

KISAH TAUBAT YANG PALING MENGAGUMKAN. Imam Muslim dalam Shahihnya , dan juga para penulis kitab sunnah telah meriwayatkan sebuah kisah taubat yang paling mengagumkan yang diketahui oleh manusia. Pada suatu hari...

Read more

Tazkirah SRI - Siri 4 ( Gambaran Hari Ki…

Tazkirah SRI - Siri 4 ( Gambaran Hari Kiamat)

GAMBARAN HARI KIAMAT Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang...

Read more

Tazkirah SRI Siri 3 - CINTA KEPADA ALLAH…

Tazkirah SRI Siri 3 - CINTA KEPADA ALLAH LEBIH INDAH BERBANDING CINTA KEPADA MANUSIA

CINTA KEPADA ALLAH LEBIH INDAH BERBANDING CINTA KEPADA MANUSIA Melihat kepada fenomena para pemuda pemudi dan juga manusia keseluruhannya, Kita dapat lihat berapa ramai dari kalangan manusia yang bercinta dan berkasih...

Read more

Tazkirah SRI Siri 2 - Hukum Wanita Memak…

Tazkirah SRI Siri 2 - Hukum Wanita Memakai Wangian

Hukum Wanita Memakai Wangian Di antara larangan di dalam Islam ke atas wanita ialah memakai  bau-bauan yang berlebihan. Islam melarang wanita memakai wangi-wangian semasa keluar dari rumah, kerana dikhuatiri baunya tercium...

Read more

Tazkirah SRI Siri 1 - Kenapa perlu beris…

Tazkirah SRI Siri 1 - Kenapa perlu berisghtifar?

Kenapa perlu berisghtifar? Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku,...

Read more

Cara memilih kawan

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim) Dari Nu’man bin...

Read more

Info Terkini

Prev Next

PROGRAM KEMBARA LESTARI KOMUNITI KEMBOJA…

04-08-2017 Hits:37 Front Page dalila

PROGRAM KEMBARA LESTARI KOMUNITI KEMBOJA UTM RAKAN STRATEGIK 2017

Program Kembara Lestari Komuniti Kemboja UTM Rakan Strategik 2017 Tarikh : 29 Ogos - 2 September Program : 1. Pembangunan Komuniti Kampung 2. Pembangunan Telaga Air : Satu Sumbangan Telaga...

Read more

UJIAN PENCAPAIAN KEBOLEHAN 2 (SEK. RENDA…

04-08-2017 Hits:13 Front Page dalila

Tarikh : 7 - 10 Ogos 2017 (Tahun 1-Tahun 3) 7 - 11 Ogos 2017 (Tahun 4-Tahun 5) Lampiran : Surat Makluman UPK2 Jadual UPK 2  

Read more

Perkhemahan Badan Beruniform

13-07-2017 Hits:43 Front Page dalila

Tarikh : 14-16 Julai 2017 Hari : Jumaat-Ahad Tempat : Kem PLKN Sri Perkasa Mantin Peserta : Pelajar Tingkatan 3, 4&5 (yang telah membuat pendaftaran) Senarai peralatan dan keperluan peribadi yang perlu dibawa ke...

Read more

Program Perjumpaan Profesional Ibubapa -…

06-07-2017 Hits:54 Front Page dalila

PROGRAM PERJUMPAAN PROFESIONAL IBUBAPA DAN GURU SEK.MENENGAH Tarikh : 7 Julai 2017 Hari : Jumaat Lampiran : Surat Makluman - Sila Klik Di sini Utk Muat turun Jadual Program - Sila Klik Di sini...

Read more

Cuti Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfit…

15-06-2017 Hits:148 Front Page dalila

Cuti Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438H

Assalamualaikum wrt. Ramadhan Kareem. Berikut disertakan lampiran memo makluman cuti berganti pada 23 Jun 2017 dan cuti sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438H. Cuti pada 23 Jun (Jumaat) diganti pada...

Read more

JUALAN KOPERASI PERDANA BERHAD SEPANJANG…

06-06-2017 Hits:221 Front Page dalila

Jom dapatkan juadah berbuka kegemaran anda di SRI Seremban. Jualan bermula pada 12 - 20 dan 22 Jun 2017. Kenapa juadah di sini menjadi PILIHAN : 1. Dijamin halalan toyyiban 2. Pelbagai...

Read more

Program Ihya Ramadhan 1438H

06-06-2017 Hits:111 Front Page dalila

Program Ihya Ramadhan 1438H

Assalamualaikum w.r.t Ramadhan kareem. Sepanjang bulan Ramadhan 1438H, sesi persekolahan akan tamat pada 3.30ptg (Isnin-Khamis) dan 12.00 tgh (Jumaat). Seperti biasa pihak sekolah juga telah menyenaraikan aktivit-aktiviti dan program sepanjang Ramadhan 1438...

Read more

Jadual Kelas Dalam Cuti (KDC) Sek. Men

24-05-2017 Hits:141 Front Page dalila

Jadual Kelas Dalam Cuti (KDC) Sek. Men

Tarikh : 29 Mei - 1 Jun 2017 Hari : Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis Sasaran : Pelajar Ting.3, 4&5

Read more

PENTAKSIRAN SUMATIF PERTENGAHAN TAHUN 20…

09-05-2017 Hits:342 Front Page dalila

PENTAKSIRAN SUMATIF PERTENGAHAN TAHUN 2017 (PRA, SEK. REN DAN SEK. MEN)

PEPERIKSAAN PENGGAL 1 PRA SEKOLAH TARIKH : 11 MEI - 16 MEI 2017 PENTAKSIRAN SUMATIF PERTENGAHAN TAHUN SEKOLAH RENDAH TAHAP 1 :11 MEI - 18 MEI 2017 TAHAP 2 : 11 MEI - 22...

Read more

KONVENSYEN PENDIDIKAN AL HIKMAH PERINGKA…

08-05-2017 Hits:114 Front Page dalila

      FALSAFAH PENDIDIKAN AL HIKMAH       Pendidikan Islam adalah proses pembinaan dan penyempurnaan insan mukmin yang berilmu, berhikmah. berketrampilan, beriltizam dengan nilai-nilai kesalihan dan setia melaksanakan tanggungjawab pengabdian serta kebaktiannya...

Read more

Aplikasi SRI

 e-staf  e-waris  e-pendaftaran  e-yuran  e-kerja alumni logo e-alumni