be188a356d7777f44e7cba96d132e791.jpg
8bbf0b3c6a792b063773ae0e6de57e4b.jpg
6321d9fb74d96f0c7fbee8080a320a43.jpg
379d83368da1a63d9ca0cd36cd36b013.jpg
3cd6286e64a879ce5e1a4c2d3818d6e7.jpg

Tazkirah SRI Siri 1 - Kenapa perlu berisghtifar?

on 04/11/2014

Kenapa perlu berisghtifar?

Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.” (Hadis Riwayat Abu Dawud, Tarmidzi dan Ibnu Majah, dishohehkan oleh Imam Tarmidzi)

Kita memandang istighfar sebagai suatu amalan yang perlu dilakukan selepas melakukan dosa, sepertinya selepas sedar dari mengumpat.
Bila ditanya pada diri sendiri, mengapa kita perlu istighfar? maka timbullah jawapan berdasarkan logik akal fikiran.

"Agar tenang", "agar dosa diampunkan", "agar hidup diredhai Allah" dan seterusnya..

ISTIGFAR AGAR MEMPEROLEH PENGAMPUNAN DARI ALLAH S.W.T DALAM SURAH AN-NISA, AYAT 110

"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Ini adalah asas kepada istighfar, dan setiap muslim sepatutnya memahami fungsi istighfar ini.

ISTIGHFAR AGAR MEMPEROLEH PERLINDUNGAN DARI ALLAH S.W.T
Dari surah Al-AnfaI, ayat 33
"Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu (Muhammad saw) berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun"

Dan dari surah Gharfir/Al-Mukmin, ayat 7-10
"(Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arasy dan (malaikat) yang berada di sekelilingnya bertasbih dengan memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memohonkan ampunan untuk orang-orang yang beriman (seraya berdoa):

"Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu yang ada pada-Mu meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan-Mu dan periharalah mereka dari azab neraka.

"Ya Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam syurga dan yang telah Engkau janjikan kepada mereka, dan orang yang soleh diantara nenek moyang mereka, isteri-isteri(dan suami), dan keturunan mereka. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"

"Dan peliharalah mereka dari kejahatan. Dan orang yang Engkau pelihara dari kejahatan pada hari itu, maka sungguh, Engkau telah menganugerahkan rahmat kepadanya dan demikian itulah kemenangan yang agung."

Lihatlah, bagaimana mulianya manusia yang memohon ampun kepada Allah. Sehingga para malaikat mendoakan mereka sedemikian. dan doa para malaikat bukan hanya untuk individu yang memohon ampunan Allah, bahkan untuk nenek moyang (ahli keluarganya yang telah meninggal), pasangannya, dan zuriat mereka (anak, cucu, cicit dan seterusnya).

ISTIGHFAR AGAR MENDAPAT KESENANGAN DAN TERLEPAS DARI KEADAAN RISAU DAN RESAH.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma, bahwa Rasulullah telah bersabda: “Barangsiapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup, dan jadikan setiap kegundah-gulanaannya menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.” (HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Mari dengarkan sebuah kisah dari sebuah kitab Tafsir Al-Maraghi hasil tulisan seorang ulama bernama Ahmad Musthafa Al-Maraghi. kisah tentang seorang tabi'in (generasi ulama selepas sahabat rasulullah) yang bernama Hasan Al-Basri. Hasan sering didatangi mereka yang bertanya hukum agama dan meminta nasihat atas segala persoalan.

Suatu hari Hasan didatangi seorang lelaki yang mengadu tentang kelaparan yang dihadapinya. Hasan dengan penuh perhatian menjawab "Istighfarlah kepada Allah S.W.T"
Datang lagi seorang lelaki meminta Hasan untuk mendoakannya agar dia mempunyai zuriat. Hasan menjawab "beristighfarlah kepada Allah S.W.T"
Kemudian datang lagi seorang lelaki yang kebunnya mengalami kekeringan. Hasan terus menjawab "beristighfarlah kepada Allah S.W.T"
Kelakuan Hasan tadi amat menghairankan penduduk sekitarnya  sehingga seorang dari penduduk itu bertanya kepada Hasan "Beberapa orang lelaki mendatangimu mengeluhkan berbagai persoalan, tetapi engkau hanya menyuruh mereka semua untuk membaca istighfar!”

 

 

Maka Hasan menjawab "Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah S.W.T berfirman (seperti itu)”.
Firman Allah yang dimaksudkan oleh Hasan adalah Surah An-Nuh ayat 10-12 yang bermaksud

"Maka aku (nabi Nuh) berkata (kepada kaumnya) "Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu  sungguh, Dia Maha Pengampun, Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, Dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu"

Contohilah Hasan Al-Basri kerana sikapnya dan pemikirannya yang sentiasa berdasarkan al-quran dan as-sunnah.

ISTIGHFAR SEBAGAI USAHA MEMAKBULKAN DOA
Firman Allah dalam surah Al-Hud, ayat ke-3

"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan ) keutamannya. jika kamu berpaling, Maka Sesungguhnya aku(Muhammad) takut kamu akan ditimpa seksa hari kiamat"

Kali ini, kita bacakan kisah tentang seorang alim yang bernama Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu `Abd Allah al-Shayban yang cukup terkenal dengan nama mazhabnya, iaitu mazhab Hanbali.



Suatu ketika itu, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka tidak mengenalinya (kurangnya teknologi ketika itu). Keadaan sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur didalam sebuah masjid. Tapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di masjid. Imam Ahmad kemudian bertanya kepada penjaga tersebut sama ada dia dibenarkan untuk tidur di luar masjid, penjaga itu melarangnya. Imam Ahmad bertanya lagi jika dia tidak tidur, tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, penjaga itu melarangnya lagi.
 

Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut.
Seorang pembuat roti ternampak kelakuan antara Imam Ahmad dan penjaga masjid tersebut. Setelah jelas akan situasi Imam Ahmad, maka si pembuat roti mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam sahaja dirumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut.
Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar dari si pembuat roti yang sedang sibuk membuat rotinya. Imam Ahmad mendengarkan zikir itu sehingga boleh dikatakan si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam.Paginya Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti mengapa dia beristighfar. maka si pembuat roti menjawab, "Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi".
Imam Ahmad bertanya "Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?.
Jawab lelaki itu " Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal"
Maka kata Imam Ahmad : Saya lah orangnya, Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal, demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret untuk menuju kepadamu."
Besarnya kuasa Allah! Kerana sayangnya Allah kepada si pembuat roti, dibawanya Imam Ahmad kepadanya.

Dalam kisah ini kita juga patut mencontohi akhlak Imam Ahmad. walaupun beliau mengetahui nama beliau amat terkenal dan dihormati, tetapi beliau tidak membanggakan namanya agar memperoleh pertolongan dari manusia. Beliau tidak mengungkit kebaikan yang telah beliau lakukan. kerana jika beliau mengungkit kebaikan yang telah beliau lakukan dengan memberitahu namanya dengan mengharapkan balasan, maka khuatir Allah akan membalas dengan memadam segala amalan yang dibanggakan tadi.

"Jauhilah olehmu akan mengungkit-ungkit pemberian karena yang demikian itu dapat menggagalkan kesyukuran dan menghilangkan pahala." (Hadis Muslim)

Inilah antara kebaikan yang kita perolehi jika kita selalu beristighfar kepada Allah. Sekarang kita boleh lebih menghayati lafaz astaghfirullah hal azim dan yang seteru dengannya.

Bagaimana dan apakah lafaz zikir yang digunakan untuk beristighfar? ucapkanlah apa yang kamu inginkan selagi ianya membawa maksud mengharap pengampunan dari Allah swt, kerana istighfar itu sendiri membawa maksud memohon ampunan dari Allah.

Mudah mudahan tazkirah ini akan memberi manfaat kepada kita dan menjadikan kita orang yang selalu memohon keampunan daripada Allah S.W.T.

Disediakan oleh,

 

Ust. Mohamad Islah bin Soleh

PAUTAN WEB PILIHAN






 

Koleksi Tazkirah SRI

Prev Next

Tazkirah SRI - Siri 7 (Tazkirah Ramadhan…

Tazkirah SRI - Siri 7 (Tazkirah Ramadhan)

TAZKIRAH SRI – SIRI 7 - TAZKIRAH RAMADAN  Dari Abu Hurairah, Ia berkata Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT berfirman: ” Semua amal perbuatan anak adam untuk dia kecuali puasa. Sesungguhnya puasa...

Read more

Tazkirah SRI - Siri 6 (Ahlan Wasahlan Ya…

Tazkirah SRI - Siri 6 (Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan)

TAZKIRAH SRI – SIRI 6 - AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN Ahlan wa sahlan Ramadan. Bergema ucapan alu-aluan daripada muslim yang rindu akan bulan pesta ibadah ini. Kesabaran menunggu selama ini...

Read more

Tazkirah SRI - Siri 5 ( Kisah Taubat Yan…

Tazkirah SRI - Siri 5 ( Kisah Taubat Yang Paling Mengagumkan)

KISAH TAUBAT YANG PALING MENGAGUMKAN. Imam Muslim dalam Shahihnya , dan juga para penulis kitab sunnah telah meriwayatkan sebuah kisah taubat yang paling mengagumkan yang diketahui oleh manusia. Pada suatu hari...

Read more

Tazkirah SRI - Siri 4 ( Gambaran Hari Ki…

Tazkirah SRI - Siri 4 ( Gambaran Hari Kiamat)

GAMBARAN HARI KIAMAT Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang...

Read more

Tazkirah SRI Siri 3 - CINTA KEPADA ALLAH…

Tazkirah SRI Siri 3 - CINTA KEPADA ALLAH LEBIH INDAH BERBANDING CINTA KEPADA MANUSIA

CINTA KEPADA ALLAH LEBIH INDAH BERBANDING CINTA KEPADA MANUSIA Melihat kepada fenomena para pemuda pemudi dan juga manusia keseluruhannya, Kita dapat lihat berapa ramai dari kalangan manusia yang bercinta dan berkasih...

Read more

Tazkirah SRI Siri 2 - Hukum Wanita Memak…

Tazkirah SRI Siri 2 - Hukum Wanita Memakai Wangian

Hukum Wanita Memakai Wangian Di antara larangan di dalam Islam ke atas wanita ialah memakai  bau-bauan yang berlebihan. Islam melarang wanita memakai wangi-wangian semasa keluar dari rumah, kerana dikhuatiri baunya tercium...

Read more

Tazkirah SRI Siri 1 - Kenapa perlu beris…

Tazkirah SRI Siri 1 - Kenapa perlu berisghtifar?

Kenapa perlu berisghtifar? Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku,...

Read more

Cara memilih kawan

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim) Dari Nu’man bin...

Read more

Sedang Online

We have 10 guests and no members online

galeri-foto

Info Terkini

Prev Next

SENARAI BUKU TEKS DAN BUKU TULIS 2018

13-12-2017 Hits:46 Front Page dalila

TARIKH : 26 DISEMBER - 28 DISEMBER 2017 HARI : SELASA HINGGA KHAMIS MASA : 8.30 PAGI HINGGA 4.30 PETANG TEMPAT : SEKOLAH RENDAH : KELAS TAHUN 1 (BLOK A) SEKOLAH MENENGAH :...

Read more

YURAN PENDAFTARAN & YURAN PENGAJIAN …

27-11-2017 Hits:289 Front Page dalila

TAHAP LINK MUAT TURUN (DOWNLOAD) PRA SEKOLAH YuranPra2018 TAHUN 1 YuranTahun1,2018 TAHUN 2 YuranTahun2,2018 TAHUN 3 YuranTahun3,2018 TAHUN 4 YuranTahun4,2018 TAHUN 5 YuranTahun5,2018 TAHUN 6 YuranTahun6,2018 TINGKATAN 1 YuranTing1,2018 TINGKATAN 2 YuranTing2,2018 TINGKATAN 3 YuranTing3,2018 TINGKATAN 4&5 AKAUN YuranTing4&5A,2018 TINGKATAN 4&5 SAINS YuranTing4&5S,2018

Read more

ANUGERAH SEKOLAH SWASTA CEMERLANG 2017

17-11-2017 Hits:109 Front Page dalila

ANUGERAH SEKOLAH SWASTA CEMERLANG 2017

  16 November 2017, Khamis, Auditorium Muzium Tentera Darat, Kem Sirusa Port Dickson. Sekolah SRI Seremban telah menerima Anugerah Sekolah Swasta Cemerlang- Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta kategori Sekolah Rendah sempena...

Read more

Makluman Bayaran Peralatan PdPc Abad Ke2…

07-11-2017 Hits:89 Front Page dalila

Assalamualaikum. Surat makluman bayaran peralatan PdPC Abad ke21 bagi murid Pra dan Tahun 1, 2017. Peralatan sudah digunakan sepanjang sesi pembelajaran 2017 tetapi surat makluman bayaran kepada ibubapa lambat dikeluarkan....

Read more

Makluman Bengkel Kesediaan Bahasa Ingger…

07-11-2017 Hits:84 Front Page dalila

Tarikh : 18 November 2017 Hari : Sabtu Masa : 8.30 - 11.30 pagi Tempat : Dewan SRI 2, Sekolah SRI Seremban Sasaran : Semua ibubapa murid Tahun 5 (UPSR 2018)...

Read more

SENARAI NAMA CALON YANG TELAH BERJAYA DA…

02-11-2017 Hits:876 Front Page dalila

TAHNIAH!! SURAT TAWARAN BOLEH DICETAK DENGAN MEMBUAT SEMAKAN PENDAFTARAN PELAJAR. SILA BAWA BERSAMA-SAMA  SEMASA MEMBUAT BAYARAN DEPOSIT.

Read more

SENARAI NAMA CALON YANG TELAH BERJAYA DA…

02-11-2017 Hits:790 Front Page dalila

  TAHNIAH!! SURAT TAWARAN BOLEH DICETAK DENGAN MEMBUAT SEMAKAN PENDAFTARAN PELAJAR. SILA BAWA BERSAMA-SAMA  SEMASA MEMBUAT BAYARAN DEPOSIT.

Read more

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 SEK.…

01-11-2017 Hits:165 Front Page dalila

Permohonan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4, 2018 Sekolah Menengah SRI Setia dibuka bermula pada 1 November 2017. Tarikh tutup permohonan  bagi Tingkatan 1 pada 7 Disember 2017. Tarikh tutup...

Read more

Jumlah Pelawat

This Week: 785
Last Week: 743
This Month: 1672
Last Month: 3297
Total: 246694

Kalendar Sekolah

DECEMBER 2017
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31

SIJIL PENILAIAN RENDAH AGAMA (SPRA)

21.08.2017

Countdown
expired

UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)

04.09.2017

Countdown
expired

Aplikasi SRI

 e-staf  e-waris  e-pendaftaran  e-yuran  e-kerja alumni logo e-alumni