Hukum Wanita Memakai Wangian
Di antara larangan di dalam Islam ke atas wanita ialah memakai bau-bauan yang berlebihan. Islam melarang wanita memakai wangi-wangian semasa keluar dari rumah, kerana dikhuatiri baunya tercium oleh lelaki.
Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap mata berzina, seorang wanita bila memakai bau-bauan , kemudian dia lalu di hadapan orang pada suatu majlis, maka wanita itu (sama dengan) berzina. (Riwayat Ahmad dalam musnadnya, dan oleh Tirmizi dari Abu Musa Al-Asy’ari)
Suasana pada hari ini kita dapat lihat ramai dari kalangan wanita yang memakai wangi-wangian apabila keluar dari rumah untuk ke tempat kerja dan sebagainya. Sedangkan mereka mungkin ada yang sedar dan ada yang tidak sedar bahawa minyak wangi yang dipakai jika tercium atau terhidu oleh lelaki yang bukan mahramnya maka hukumnya adalah haram dan dikatakan oleh Hadis di atas sama macam orang yang berzina.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa di antara wanita yang memakai harum-haruman, kemudian dia lalu di hadapan orang ramai supaya tercium bau harumnya, maka wanita itu (sama dengan) berzina.” (Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan lain2 lagi. Kata Tirmizi Hadis ini sahih)
Kata Ibu Hajar dalam “ Azzawajir”, “bila wanita keluar rumah memakai haru-haruman dan berhias (berlebihan) maka itu termasuk dosa besar sekalipun diizinkan oleh suaminya.”
Wahai para muslimah! Bertaqwa kepada Allah SWT dengan mematuhi segala peraturan Agama. Janganlah keluar rumah dalam keadaan memakai minyak wangi dan perhiasan yang berlebihan. Semoga selamat dunia dan akhirat. Amin.
SEMOGA KITA SEMUA BERAMAL DENGAN ILMU YANG KITA PEROLEHI INI DAN SAMA2 KITA DAMBAKAN KEREDAAN DARIPADA ALLAH SWT. AMIN
DISEDIAKAN OLEH
UST. MOHAMAD ISLAH BIN SOLEH