Pengenalan

Posted by Administrator on 11/26/2011 Hits: 13748

Pada tanggal 3 Disember 1989, Sekolah SRI Seremban ditubuhkan dengan bilangan murid sekitar 27 orang dan dua orang guru. Bermulalah satu perjalanan hidup yang dihiasi dengan episod-episod yang menarik. Sekolah SRI Seremban dicetuskan atas keinginan dan hasrat yang menggunung daripada kumpulan usrah ABIM demi menyediakan kelangsungan pendidikan Islam kepada anak-anak mereka. Bertitik tolak daripada itu, dengan segala kepayahan, iltizam dan keyakinan yang tinggi serta pergantungan harap yang jitu ke hadrat Ilahi, maka Sekolah SRI Seremban memulakan sesi pengajiannya. Infrastruktur yang serba kurang dan dhaif, tidak mematahkan semangat dan kesungguhan Lembaga Pengelola Sekolah dan guru-guru untuk terus melaksanakan jihad pendidikan . Sekolah SRI Seremban telah berdaftar dengan no. pendaftaran NJA4001 di bawah Unit Perhubungan dan Pendidikan Swasta dan Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan.

Berbekalkan visi dan misi yang suci , sekolah terus berkembang gagah menongkah arus dan menepis segala mehnah serta cabaran yang bukan sedikit menggoyahkan keyakinan masyarakat terhadap sekolah.

Sekolah SRI Seremban adalah sebuah sekolah swasta di bawah rangkaian sekolah-sekolah Yayasan Takmir-Pendidikan. Sekolah ini menawarkan pendidikan bersepadu yang mengabungjalinkan pendidikan akademik dengan pendidikan diniah (agama). Pendidikan yang ditawarkan adalah bermula seawal peringkat Prasekolah (6 tahun), Rendah (7-12 tahun) dan Menengah (13-17 tahun). Harapan sekolah amat besar dalam Membina Insan Soleh. Dalam usaha ini, sekolah amat memerlukan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada semua. Terima kasih atas segala sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh semua.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa mengunjungi Laman Web Sekolah SRI Seremban.

 

 

 

 

PAUTAN WEB PILIHAN






 

Koleksi Tazkirah SRI

Prev Next

Tazkirah SRI - Siri 7 (Tazkirah Ramadhan…

Tazkirah SRI - Siri 7 (Tazkirah Ramadhan)

TAZKIRAH SRI – SIRI 7 - TAZKIRAH RAMADAN  Dari Abu Hurairah, Ia berkata Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT berfirman: ” Semua amal perbuatan anak adam untuk dia kecuali puasa. Sesungguhnya puasa...

Read more

Tazkirah SRI - Siri 6 (Ahlan Wasahlan Ya…

Tazkirah SRI - Siri 6 (Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan)

TAZKIRAH SRI – SIRI 6 - AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN Ahlan wa sahlan Ramadan. Bergema ucapan alu-aluan daripada muslim yang rindu akan bulan pesta ibadah ini. Kesabaran menunggu selama ini...

Read more

Tazkirah SRI - Siri 5 ( Kisah Taubat Yan…

Tazkirah SRI - Siri 5 ( Kisah Taubat Yang Paling Mengagumkan)

KISAH TAUBAT YANG PALING MENGAGUMKAN. Imam Muslim dalam Shahihnya , dan juga para penulis kitab sunnah telah meriwayatkan sebuah kisah taubat yang paling mengagumkan yang diketahui oleh manusia. Pada suatu hari...

Read more

Tazkirah SRI - Siri 4 ( Gambaran Hari Ki…

Tazkirah SRI - Siri 4 ( Gambaran Hari Kiamat)

GAMBARAN HARI KIAMAT Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang...

Read more

Tazkirah SRI Siri 3 - CINTA KEPADA ALLAH…

Tazkirah SRI Siri 3 - CINTA KEPADA ALLAH LEBIH INDAH BERBANDING CINTA KEPADA MANUSIA

CINTA KEPADA ALLAH LEBIH INDAH BERBANDING CINTA KEPADA MANUSIA Melihat kepada fenomena para pemuda pemudi dan juga manusia keseluruhannya, Kita dapat lihat berapa ramai dari kalangan manusia yang bercinta dan berkasih...

Read more

Tazkirah SRI Siri 2 - Hukum Wanita Memak…

Tazkirah SRI Siri 2 - Hukum Wanita Memakai Wangian

Hukum Wanita Memakai Wangian Di antara larangan di dalam Islam ke atas wanita ialah memakai  bau-bauan yang berlebihan. Islam melarang wanita memakai wangi-wangian semasa keluar dari rumah, kerana dikhuatiri baunya tercium...

Read more

Tazkirah SRI Siri 1 - Kenapa perlu beris…

Tazkirah SRI Siri 1 - Kenapa perlu berisghtifar?

Kenapa perlu berisghtifar? Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku,...

Read more

Cara memilih kawan

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim) Dari Nu’man bin...

Read more

Aplikasi SRI

 e-staf  e-waris  e-pendaftaran  e-yuran  e-kerja alumni logo e-alumni