Syarat Kemasukan Sekolah Rendah

Posted by Administrator on 11/26/2011 Hits: 12003

KEMASUKAN KE PRA BESTARI DAN TAHUN 1

Syarat-syarat asas :

1. Pemohon mengemukakan permohonan secara talian daripada tarikh iklan dikeluarkan sehingga 1 September.

2. Pemohon hendaklah mencapai umur enam (6) tahun pada tahun daftar kemasukan bagi pemohon ke PRA Bestari dan tujuh (7) tahun daftar kemasukan bagi pemohon ke Tahun 1 Sekolah SRI Seremban.

3. Pemohon adalah berkeadaan normal daripada aspek fizikal dan mental dan bagi kategori Orang Kurang Upaya (OKU) hendaklah pada tahap kendiri.

4. Pemohon hendaklah menduduki Peperiksaan Ujian Kelayakan yang yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan berjaya mencapai kelulusan minima iaitu lulus dalam semua matapelajaran bagi daftar kemasukan ke Tahun 1 dan kelulusan minima yang dipersetujui oleh panel peperiksaan bagi daftar kemasukan ke Pra Bestari.

5. Ibu bapa atau penjaga pemohon mempunyai kemampuan kewangan yang ditetapkan oleh pihak sekolah iaitu pendapatan isi rumah dengan tanggungan adalah munasabah.

6. Ibu bapa atau penjaga pemohon mempunyai komitmen yang tinggi dalam menyokong semua program yang dianjurkan oleh Sekolah SRI Seremban.

 

Keutamaan :

1. Pemohon yang mempunyai adik-beradik masih bersekolah di Sekolah SRI Seremban.

2. Pemohon yang mempunyai adik-beradik pernah bersekolah di Sekolah SRI Seremban.

3. Anak kepada kakitangan Sekolah SRI Seremban atau Lembaga Pengelola Sekolah SRI Seremban.

4. Ibu bapa atau penjaga pemohon mempunyai komitmen yang tinggi dalam usaha membantu menjayakan segala bentuk program yang dikelolakan oleh Sekolah SRI Seremban.

 

Hilang Kelayakan Memohon :

1. Ibu bapa atau penjaga pemohon yang telah disenarai hitamkan oleh Unit Kewangan Sekolah SRI Seremban.

2. Ibu bapa atau penjaga pemohon yang pernah terlibat dalam kegiatan yang boleh mencemarkan nama baik Sekolah SRI Seremban secara langsung atau tidak langsung melakukan khianat kepada Sekolah SRI Seremban.

3. Ibu bapa atau penjaga pemohon yang pernah mempunyai anak bersekolah di Sekolah SRI Seremban dan memberhentikan tanpa sebab yang munasabah.

4. Ibu bapa atau penjaga pemohon yang mempunyai anak bersekolah di Sekolah SRI Seremban tetapi tidak menunjukkan minat kepada program sekolah dan usaha menjayakan Sekolah SRI Seremban.

 

Disediakan oleh :

BAHAGIAN PENDAFTARAN

SEKOLAH SRI SEREMBAN

PAUTAN WEB PILIHAN






 

Koleksi Tazkirah SRI

Prev Next

Tazkirah SRI - Siri 7 (Tazkirah Ramadhan…

Tazkirah SRI - Siri 7 (Tazkirah Ramadhan)

TAZKIRAH SRI – SIRI 7 - TAZKIRAH RAMADAN  Dari Abu Hurairah, Ia berkata Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT berfirman: ” Semua amal perbuatan anak adam untuk dia kecuali puasa. Sesungguhnya puasa...

Read more

Tazkirah SRI - Siri 6 (Ahlan Wasahlan Ya…

Tazkirah SRI - Siri 6 (Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan)

TAZKIRAH SRI – SIRI 6 - AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN Ahlan wa sahlan Ramadan. Bergema ucapan alu-aluan daripada muslim yang rindu akan bulan pesta ibadah ini. Kesabaran menunggu selama ini...

Read more

Tazkirah SRI - Siri 5 ( Kisah Taubat Yan…

Tazkirah SRI - Siri 5 ( Kisah Taubat Yang Paling Mengagumkan)

KISAH TAUBAT YANG PALING MENGAGUMKAN. Imam Muslim dalam Shahihnya , dan juga para penulis kitab sunnah telah meriwayatkan sebuah kisah taubat yang paling mengagumkan yang diketahui oleh manusia. Pada suatu hari...

Read more

Tazkirah SRI - Siri 4 ( Gambaran Hari Ki…

Tazkirah SRI - Siri 4 ( Gambaran Hari Kiamat)

GAMBARAN HARI KIAMAT Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang...

Read more

Tazkirah SRI Siri 3 - CINTA KEPADA ALLAH…

Tazkirah SRI Siri 3 - CINTA KEPADA ALLAH LEBIH INDAH BERBANDING CINTA KEPADA MANUSIA

CINTA KEPADA ALLAH LEBIH INDAH BERBANDING CINTA KEPADA MANUSIA Melihat kepada fenomena para pemuda pemudi dan juga manusia keseluruhannya, Kita dapat lihat berapa ramai dari kalangan manusia yang bercinta dan berkasih...

Read more

Tazkirah SRI Siri 2 - Hukum Wanita Memak…

Tazkirah SRI Siri 2 - Hukum Wanita Memakai Wangian

Hukum Wanita Memakai Wangian Di antara larangan di dalam Islam ke atas wanita ialah memakai  bau-bauan yang berlebihan. Islam melarang wanita memakai wangi-wangian semasa keluar dari rumah, kerana dikhuatiri baunya tercium...

Read more

Tazkirah SRI Siri 1 - Kenapa perlu beris…

Tazkirah SRI Siri 1 - Kenapa perlu berisghtifar?

Kenapa perlu berisghtifar? Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku,...

Read more

Cara memilih kawan

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim) Dari Nu’man bin...

Read more

Aplikasi SRI

 e-staf  e-waris  e-pendaftaran  e-yuran  e-kerja alumni logo e-alumni