Syarat Kemasukan Sekolah Menengah

Posted by Administrator on 11/26/2011 Hits: 9501

SYARAT KEMASUKAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SRI SETIA

 1.    Warganegara Malaysia dan beragama Islam.

 2.    Ibu bapa atau penjaga pemohon mempunyai kemampuan kewangan yang ditetapkan oleh

        pihak sekolah iaitu pendapatan isi rumah dengan tanggungan adalah munasabah.

 3.    Ibu bapa atau penjaga pemohon mempunyai komitmen yang tinggi dalam menyokong

        semua program yang dianjurkan oleh Sekolah SRI Seremban.

Syarat kemasukan ke Tingkatan Satu :

 1.   Mendapat sekurang-kurangnya 1A  dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah  (UPSR).

 2.   Murid mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana subjek lain.

 3.   Keutamaan diberi kepada pelajar lepasan Sekolah SRI Seremban yang layak dan    rangkaiansekolah-sekolah YTP.

 4.   Mempunyai penguasaan yang baik dalam ; 

 ·         Membaca dan menulis Jawi

 ·         Membaca Al-Quran.

 ·         Kemahiran asas Bahasa Arab.

 5.   Sihat tubuh badan (tidak mempunyai penyakit kronik).

 6.   Tidak mempunyai sebarang rekod masalah disiplin sekolah.

 7.   Lulus ujian temuduga (bagi bukan Lepasan Sekolah SRI Seremban dan rangkaian sekolah-

       sekolah  YTP).

 8.   Memiliki sahsiah dan perwatakan yang baik.

          Nota Tambahan :

 ·   Syarat tambahan bagi kemasukan ke tingkatan 2 atau 3 ialah memperolehi 70% markah     purata keseluruhan dalam peperiksaan akhir tahun tingkatan 1 atau 2

 

Syarat kemasukan ke Tingkatan Empat Aliran Sains :

 1.   Mendapat sekurang-kurangnya 5A dalam keputusan PT3.

 

 2.   Murid mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam Sains dan Matematik dan gred D (memuaskan) dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab PT3;

 

 3.  Murid yang mendapat gabungan Gred A/C, B/C atau C/C dalam mata pelajaran Sains dan Matematik PT3, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam Pentaksiran Sekolah bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut, serta berminat untuk belajar dalam aliran sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik dibenarkan mengikuti aliran Sains di Tingkatan 4;

 

 4.  Kes Khas

Murid yang mendapat gabungan Gred A/D, B/D atau C/D dalam mata pelajaran Sains dan Matematik PT3, mendapat sekurang-kurangannya Band 4 dalam Pentaksiran Sekolah bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut, serta berminat untuk belajar dalam aliran sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik dibenarkan mengikuti aliran sains di Tingkatan 4;

 

5.   Tidak mempunyai sebarang rekod masalah disiplin sekolah.

 

6.   Memiliki sahsiah dan perwatakan yang baik.

 

7.    Mempunyai penguasaan yang baik dalam ;

 7.1   Membaca Al-Quran

 7.2   Membaca dan menulis Jawi

 7.3   Kemahiran asas Bahasa Arab

 

8.    Pelajar lepasan Sekolah Menengah SRI Setia diberi keutamaan kepada yang layak.

 

9.    Lulus ujian temuduga (bagi bukan Lepasan Sekolah SRI Seremban).

 

        Nota Tambahan :

 ·    Murid yang dapat gred E dalam mana-mana matapelaran Sains dan Matematik  tidak layak mengikuti aliran Sains.

 ·    Syarat tambahan bagi kemasukan ke tingkatan 5 ialah memperolehi 70% markah purata keseluruhan dalam peperiksaan akhir tahun tingkatan 4.

 

Syarat kemasukan ke Tingkatan Empat Aliran Perakaunan :

 1.   Mendapat sekurang-kurangnya 3A dalam keputusan PT3 tahun sebelumnya.

 

2.   Murid mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam Matematik dan  gred D (memuaskan) dalam Sains, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab PT3;

 

3.   Murid yang mendapat gabungan Gred D dalam mata pelajaran Matematik PT3, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam Pentaksiran Sekolah bagi matapelajaran ini, serta berminat untuk belajar dalam aliran Perakunan berdasarkan Pentaksiran Psikometrik dibenarkan mengikuti aliran Perakaunan di Tingkatan 4;

 

4.    Tidak mempunyai sebarang rekod masalah disiplin sekolah.

 

5.    Mempunyai penguasaan yang baik dalam ;

 5.1   Membaca Al-Quran

 5.2   Membaca dan menulis Jawi

 5.3   Kemahiran asas Bahasa Arab

 

6.    Pelajar lepasan Sekolah Menengah SRI Setia diberi keutamaan kepada yang layak.

 

7.    Lulus ujian temuduga (bagi bukan Lepasan Sekolah SRI Seremban).

        Nota Tambahan :

 ·     Syarat tambahan bagi kemasukan ke tingkatan 5 ialah memperolehi 70% markah purata keseluruhan dalam peperiksaan akhir tahun tingkatan 4.

 

 BAHAGIAN PENGURUSAN PENDAFTARAN PELAJAR

SEKOLAH MENENGAH SRI SETIA

PAUTAN WEB PILIHAN






 

Koleksi Tazkirah SRI

Prev Next

Tazkirah SRI - Siri 7 (Tazkirah Ramadhan…

Tazkirah SRI - Siri 7 (Tazkirah Ramadhan)

TAZKIRAH SRI – SIRI 7 - TAZKIRAH RAMADAN  Dari Abu Hurairah, Ia berkata Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT berfirman: ” Semua amal perbuatan anak adam untuk dia kecuali puasa. Sesungguhnya puasa...

Read more

Tazkirah SRI - Siri 6 (Ahlan Wasahlan Ya…

Tazkirah SRI - Siri 6 (Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan)

TAZKIRAH SRI – SIRI 6 - AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN Ahlan wa sahlan Ramadan. Bergema ucapan alu-aluan daripada muslim yang rindu akan bulan pesta ibadah ini. Kesabaran menunggu selama ini...

Read more

Tazkirah SRI - Siri 5 ( Kisah Taubat Yan…

Tazkirah SRI - Siri 5 ( Kisah Taubat Yang Paling Mengagumkan)

KISAH TAUBAT YANG PALING MENGAGUMKAN. Imam Muslim dalam Shahihnya , dan juga para penulis kitab sunnah telah meriwayatkan sebuah kisah taubat yang paling mengagumkan yang diketahui oleh manusia. Pada suatu hari...

Read more

Tazkirah SRI - Siri 4 ( Gambaran Hari Ki…

Tazkirah SRI - Siri 4 ( Gambaran Hari Kiamat)

GAMBARAN HARI KIAMAT Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang...

Read more

Tazkirah SRI Siri 3 - CINTA KEPADA ALLAH…

Tazkirah SRI Siri 3 - CINTA KEPADA ALLAH LEBIH INDAH BERBANDING CINTA KEPADA MANUSIA

CINTA KEPADA ALLAH LEBIH INDAH BERBANDING CINTA KEPADA MANUSIA Melihat kepada fenomena para pemuda pemudi dan juga manusia keseluruhannya, Kita dapat lihat berapa ramai dari kalangan manusia yang bercinta dan berkasih...

Read more

Tazkirah SRI Siri 2 - Hukum Wanita Memak…

Tazkirah SRI Siri 2 - Hukum Wanita Memakai Wangian

Hukum Wanita Memakai Wangian Di antara larangan di dalam Islam ke atas wanita ialah memakai  bau-bauan yang berlebihan. Islam melarang wanita memakai wangi-wangian semasa keluar dari rumah, kerana dikhuatiri baunya tercium...

Read more

Tazkirah SRI Siri 1 - Kenapa perlu beris…

Tazkirah SRI Siri 1 - Kenapa perlu berisghtifar?

Kenapa perlu berisghtifar? Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku,...

Read more

Cara memilih kawan

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim) Dari Nu’man bin...

Read more

Aplikasi SRI

 e-staf  e-waris  e-pendaftaran  e-yuran  e-kerja alumni logo e-alumni