Utama > Falsafah Pendidikan

13-Feb-2019

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-quran dan al-sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran. keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat.

FALSAFAH PENDIDIKAN AL-HIKMAH

Pendidikan Islam adalah proses pembinaan dan penyempurnaan insan mukmin yang berilmu, berhikmah. berketrampilan, beriltizam dengan nilai-nilai kesalihan dan setia melaksanakan tanggungjawab pengabdian serta kebaktiannya sebagai hamba Allah dan khalifah-NYA. Berpandukan petunjuk wahyu dan berlandaskan ‘aqidah Islamiah yang berteraskan tauhid, usaha ini bermatlamat membentuk peribadi rabbani yang terpadu, seimbang dan murni demi mencapai keredhaan Allah.