Utama > Piagam Sekolah

13-Feb-2019

PELAJAR

  • Memastikan 80% murid-murid boleh membaca dan khatam Al-Quran pada peringkat umur 9tahun, 100% murid-murid khatam sebelum tamat persekolahan Tahun 6.
  • Mencapai keputusan Gred Purata Sekolah (GPS) di bawah 1.5 di dalam peperiksaan SPRA,UPSR, PMR, SMU dan GPS di bawah 2.0 di dalam peperiksaan   SPM.
  • Memastikan 50% pelajar-pelajar boleh hafaz 5 juzuk Al-Quran pada peringkat tahap tamat Ting.5.
  • Dapat menguasai Bahasa Arab dan boleh memahami Al-Quran pada peringkat tamat Ting.5.
  • Dapat menguasai Bahasa Inggeris dalam komunikasi, pemahaman dan penulisan.
  • Berusaha memupuk sahsiah yang cemerlang dan memantap amal Islami semua murid.
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai daya kepimpinan yang “Muttaqin”.

 IBUBAPA / PENJAGA

  • Menyediakan saluran komunikasi yang cekap di dalam penyebaran maklumat kepada ibubapa/penjaga.
  • Menyediakan ruang yang sewajarnya bagi ibubapa / penjaga mengemukakan maklum balasdan menyalurkan sumbangan kepada sekolah.

GURU DAN STAF

  • Memberi peruntukkan sekurang-kurangnya 40 jam latihan / kursus setahun untuk guru-gurumeningkatkan kemahiran profesionalisme perguruan mereka.
  • Menyediakan kemudahan dan persekitaran kerja yang kondusif serta layanan yang  mesrauntuk warga guru dan staf.
  • Memberi perhatian yang sewajarnya ke atas kebajikan guru dan staf.

 STAKEHOLDER

  • Memastikan perjalanan sekolah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia , Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Yayasan Takmir-Pendidikan (YT-P).
  • Sentiasa membina jalinan kerjasama  yang baik sesama warga SRI Seremban, Jabatan Kerajaan serta komuniti setempat.