Utama > JOM INFAQ

13-Feb-2019

  

ikon2

 Pembinaan Kompleks Baru Sekolah Menengah Seri Setia (SMI Seremban)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang Maha Agung. SRI Seremban bermula pada 31 Disember 1989 dengan jumlah murid seramai 27 orang dan 2 orang guru. Sehingga kini jumlah murid adalah seramai 1227 orang bermula daripada peringkat Prasekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

Dengan jumlah murid seramai 1227 orang di dalam sebuah kompleks agak sempit, ahli Lembaga Pengelola Sekolah SRI mengambil inisiatif untuk membina satu lagi kompleks baru untuk sekolah menengah. Antara justifikasi pembinaan Kompleks Baru Sekolah Menengah Seri Setia adalah:

1. Enrolmen - Peningkatan jumlah murid dari sekolah rendah dan seterusnya melanjutkan pendidikan ke peringkat sekolah menengah.

2. Kapasiti terhad - kekangan bilik darjah dan lain-lain kemudahan bagi menampung jumlah pelajar di tapak Sekolah SRI Seremban sedia ada.

3. Permintaan yang tinggi :

       a. Minat serta kecenderungan ibubapa yang tinggi dengan bentuk pengajian yang  ditawarkan di SRI Seremban.

        b. Jumlah yang tinggi permohonan masuk ke Pra dan Tahun 1 terpaksa ditolak kerana   bilik  darjah yang terhad.

 4. Membuka ruang yang lebih luas pendidikan di peringkat menengah :

                 a. Menambah bilangan bilik darjah.

b. Memperkenalkan model pendidikan yang unik.

c. Melaksanakan Pendidikan Al Hikmah

d. Sekolah Perjuangan

e. Sekolah Lestari

f. Membina semangat Ummatik

5. Secara tidak langsung membantu pembangunan sosial ekonomi masyarakat  setempat.

Lokasi Tapak Pembinaan Kompleks
 
 CADANGAN STRUKTUR PEMBINAAN KOMPLEKS
 

 

Kepada para dermawan yang ingin bersama-sama menyumbang untuk pembinaan kompleks boleh menyalurkan sumbangan anda melalui saluran berikut :

TABUNG PEMBANGUNAN SRI SEREMBAN

555  135  005  435

MAYBANK

 

SEKOLAH SRI SEREMBAN

Jalan Dato' Kelana Maamor

70200, Seremban, N.Sembilan.

Tel : 06-7633777     No.faks : 06-7633077

Email : sriseremban@srisbn.edu.my

 

Sabda Rasulullah s.a.w., mafhumnya:

“ Apabila mati seorang anak adam , terputusnya segala ‘amalannya kecuali tiga (kebaikan) : sedekah jariahnya (yang ikhlas) ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan (kebaikan) untuknya”.