:
JOM INFAQ
Share:

 

Komuniti · Pendidikan · Masa Depan

Dana Pembangunan Sekolah SRI Seremban

Setiap sumbangan anda membantu membina persekitaran pembelajaran yang lebih selesa, selamat dan bermakna untuk generasi masa hadapan.

Inisiatif sumbangan

Pilih dana yang anda ingin sertai bersama

 

1. Tabung Pembangunan SRI

Tabung dana untuk penyelenggaraan prasarana serta pengurusan fasiliti di Sekolah SRI Seremban sedia ada.

Sumbangan boleh disalurkan melalui QR yang dipaparkan di poster.

Tempoh kutipan

Berterusan

2. Infaq Baik Pulih Padang

Tabung dana bagi membayar kos baik pulih padang sintetik sekolah yang telah rosak. Baik pulih telah siap, namun masih terdapat kos yang belum diselesaikan kepada kontraktor. Projek ini di bawah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah. 

Sumbangan boleh disalurkan melalui no. akaun dan QR yang dipaparkan di poster.

Tempoh kutipan

Sehingga November 2026

3. Dana Seri Setia

Tabung dana pembinaan kompleks baharu Sekolah Menengah Seri Setia yang sedang berjalan di peringkat Fasa 3A, melibatkan pembinaan Superstruktur 1.

Sumbangan boleh disalurkan melalui 3 pilihan kaedah yang diberikan di bawah. 

Dana Seri Setia

Tiga cara untuk menyalurkan sumbangan

Sumbangan bermakna

Sumbangan kepada Dana Seri Setia boleh disalurkan melalui saluran rasmi di bawah. Pilih kaedah yang paling sesuai untuk anda.

Saluran terus melalui QR

Imbas kod QR yang tertera pada poster rasmi Dana Seri Setia untuk membuat sumbangan secara terus.

1. Sumbangan melalui QR poster

Gunakan saluran terus dengan mengimbas QR yang tertera pada poster rasmi.

2. ToyyibPay melalui microsite wakaf

Salurkan sumbangan melalui microsite Wakaf Pembangunan Sekolah Menengah Seri Setia.

Lawati Microsite SM Seri Setia

3. Wakaf Muamalat melalui myWAKAF

Berwakaf melalui microsite myWAKAF yang dikendalikan oleh AIBIM. Sumbangan melalui saluran ini membolehkan anda menerima pengecualian cukai sebanyak 10%.

Berwakaf di myWAKAF

Bersama-sama kita memperkukuh prasarana, menyemai ilmu dan membina masa depan sekolah yang lebih gemilang.