MAKLUMAN RALAT

SRISEREMBAN: RALAT. MAKLUMAN ORIENTASI TAHUN 1 & PRA BESTARI 2021 PADA 15/1/2021 DIBATALKAN ATAS ARAHAN KPM. MAKLUMAN PERSEKOLAHAN & SOP YG TERKINI AKAN DIMAKLUMKAN SEBELUM PERSEKOLAHAN DI BUKA PADA 20/1/2021. MAKLUMAN TENTANG PEMBUKAAN SEKOLAH AKAN DI EMAILKAN KE EMAIL YG BERDATAR DENGAN SEKOLAH.

LAGI

DAULAT TUANKU

MERAFAK SEMBAH, MENJUNJUNG KASIH DAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KE-73 KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN, TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR PADA 14 JANUARI 2021 BERSAMAAN 1 JAMADILAKHIR 1442H.

LAGI

MELESTARIKAN TENAGA HIJAU SEIRING PENDIDIKAN AL-HIKMAH

           TENAGA SOLAR ADALAH TEKNOLOGI YANG DICIPTA UNTUK MENDAPATKAN TENAGA DARIPADA CAHAYA MATAHARI. ANTARA CONTOH PENGGUNAAN TENAGA MATAHARI YANG BIASA DIGUNAKAN ADALAH SEPERTI PEMANASAN AIR DAN PEMANASAN BANGUNAN. MALAH, TENAGA MATAHARI JUGA BOLEH MENGHASILKAN TENAGA ELEKTRIK MELALUI ENJIN PEMANASAN DAN PHOTOVOLTAIC. PERLAKSANAAN AMALAN TENAGA HIJAU DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN PERALIHAN SUMBER TENAGA KONVENSIONAL KEPADA SUMBER TENAGA DIPERBAHARUI SEPERTI TENAGA SOLAR INI.

           TIDAK HAIRAN MENGAPA TENAGA SOLAR INI MENJADI SUMBER TENAGA BOLEH BAHARU PENTING PADA MASA HADAPAN. HAL INI KERANA FAKTOR PERUBAHAN CUACA DI BUMI DAN BERLAKUNYA PENCEMARAN SERTA KEKURANGAN SUMBER BEKALAN TENAGA ELEKTRIK AKAN SEMAKIN BERKURANGAN PADA MASA HADAPAN. KEBANYAKAN NEGARA TERMASUK MALAYSIA BERUSAHA KERAS UNTUK MENDIDIK RAKYAT MEREKA AGAR MENGAMALKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA ELEKTRIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN. MASYARAKAT PERLU DIDEDAHKAN DAN DIDIDIK TENTANG KELEBIHAN MEMASANG SOLAR PANEL DI RUMAH ATAU BANGUNAN AGAR DAPAT MENYEDIAKAN SUMBER TENAGA BOLEH BAHARU YANG MENCUKUPI PADA MASA HADAPAN.

          NAMUN, DI MALAYSIA, PENGGUNAAN PANEL SOLAR INI MASIH LAGI KURANG BERKESAN KERANA KURANGNYA INFORMASI DALAM KALANGAN RAKYAT MENGENAI FUNGSI DAN MANFAATNYA. RAMAI YANG TIDAK MENGETAHUI BAHAWA TENAGA SOLAR MAMPU MEMBERIKAN KEPERLUAN YANG SAMA SEPERTI PENGGUNAAN TENAGA ELEKTRIK. MALAH, IA MAMPU MENJIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK SEKALIGUS MENGURANGKAN BIL PENGGUNA. JUSTERU ITU, SEKOLAH SRI SEREMBAN MENYOKONG USAHA KERAJAAN DALAM PEMBANGUNAN KELESTARIAN ALAM MELALUI TENAGA HIJAU. TENAGA MAMPAN INI MAMPU MEMENUHI KEPERLUAN PEMBANGUNAN GLOBAL, SEKALIGUS MEMELIHARA KUALITI HIDUP GENERASI AKAN DATANG SERTA SEBAGAI PENDEDAHAN AWAL KEPADA GENERASI MUDA TERUTAMA MURID-MURID DISAMPING MEMBERI MANFAAT KEPADA ALAM SEKITAR. 

          SEHUBUNGAN ITU, PIHAK SEKOLAH SRI SEREMBAN INGIN MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) MELALUI ANAK SYARIKATNYA GSPARX SDN.BHD. YANG MENAWARKAN SKIM PEMASANGAN SOLAR PV TANPA KOS KEPADA PENGGUNA MELALUI KONTRAK  “SUPPLY AGGREMENT RENEWABLE ENERGY” (SARE) DENGAN KELULUSAN DARIPADA PIHAK SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA (SEDA). SEKOLAH SRI SEREMBAN JUGA MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ATAS SOKONGAN YANG DIBERIKAN BAGI MEREALISASIKAN HASRAT POLISI TENAGA BOLEH BAHARU NEGARA UNTUK MENCAPAI KAPASITI PENJANAAN TENAGA BOLEH BAHARU MENJELANG TAHUN 2025 DEMI KELANGSUNGAN HIDUP GENERASI AKAN DATANG.

GAMBAR PEMASANGAN SOLAR PANEL DI ANJUNG LUQMANUL HAKIM  SEKOLAH SRI SEREMBAN

LAGI

IKLAN JAWATAN KOSONG

SEKOLAH SRI SEREMBAN MERUPAKAN SEKOLAH AGAMA ISLAM SWASTA YANG DITUBUHKAN SEJAK TAHUN 1989 BERPUSAT SEKITAR SEREMBAN. KAMI TERDIRI DARIPADA SEKOLAH PRA BESTARI, SEKOLAH RENDAH ISLAM (SRI) DAN JUGA SEKOLAH MENENGAH SERI SETIA. SEKOLAH INI TELAH MENDAPAT PENGIKTIRAFAN 5 BINTANG DALAM SIJIL PENARAFAN KUALITI STANDARD INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA (SKIPS) 2015 OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA -BAHAGIAN PENDIDIKAN SWASTA. SELAIN ITU, SEKOLAH INI JUGA TELAH DIANUGERAHKAN ANUGERAH SEKOLAH SWASTA CEMERLANG - STANDARD KUALITI INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA SEMPENA HARI ANUGERAH KUALITI SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2017. INSTITUSI PENDIDIKAN KAMI MEMPUNYAI PRASARANA ICT YANG LENGKAP DAN MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 SERTA KE ARAH MELESTARIKAN SEKOLAH. OLEH ITU, KAMI MEMPELAWA INDIVIDU YANG BERMINAT DAN BERKELAYAKAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN.

KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

LAGI

WAKTU OPERASI KOPERASI SRI SEREMBAN

WAKTU OPERASI KOPERASI SRI SEREMBAN

ISNIN-JUMAAT : 9.00 PAGI - 5.00 PETANG
SABTU : 8.00 PAGI - 1.00 PETANG
AHAD : TUTUP

UNTUK SEBARANG MAKLUMAT SILA HUBUNGI 06-7613039 / 011-11463139. TERIMA KASIH.

LAGI

SEKOLAH SRI SEREMBAN TELAH MENERIMA ANUGERAHKAN E-BAYARAN 2020 MAJIKAN ELEKTRONIK TERBAIK OLEH KUMPULAN WANG SIMPANAN (KWSP)

SEKOLAH SRI SEREMBAN TELAH MENERIMA ANUGERAHKAN E-BAYARAN 2020 MAJIKAN ELEKTRONIK TERBAIK OLEH KUMPULAN WANG SIMPANAN (KWSP). ANUGERAH INI SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN KEPADA MAJIKAN YANG AKTIF MENGGUNAKAN MEDIUM ELEKTRONIK DALAM BERURUSAN DENGAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA.

LAGI

NOTIS PENANGGUHAN SEMENTARA OPERASI PEJABAT PENTADBIRAN DAN KAUNTER PEMBAYARAN SEKOLAH SRI SEREMBAN

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH KEMUKAKAN KE NOMBOR WHATAPPS PENTADBIRAN DI TALIAN 013-6853077.
SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
BAHAGIAN PENTADBIRAN SRI SEREMBAN

LAGI

TAWARAN KEMASUKAN SEK. MEN. SERI SETIA @ SRI SEREMBAN SESI 2021 📷 📷

TAWARAN KEMASUKAN SEK. MEN. SERI SETIA @ SRI SEREMBAN SESI 2021 📷 📷
📷 PERMOHONAN ATAS TALIAN DI LAMAN WEB WWW.SRISBN.EDU.MY
📷 TARIKH TUTUP PERMOHONAN DILANJUTKAN SEHINGGA 18 DISEMBER 2020.
📷 TAWARAN TERUS TANPA TEMUDUGA UNTUK MURID DARI SERI DAN SEMI ABIM YTP.
#MEMBINAINSANSOLEH
#SRISEREMBAN
#SMISETIA

LAGI

PERTANDINGAN CITRA ISLAM YANG DIANJURKAN OLEH JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

BERIKUT ADALAH KEPUTUSAN PERTANDINGAN CITRA ISLAM YANG DIANJURKAN OLEH JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN. SEKOLAH SRI SEREMBAN TELAH MENYERTAI BEBERAPA PERTANDINGAN DAN MENDAPAT TEMPAT . TERIMA KASIH KEPADA YANG MENYUMBANG “LIKE” DAN “SHARE”. KEPADA ANAK-ANAK SRI SEREMBAN YANG MENYERTAI ANDA HEBAT!!!. SEMOGA MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT KEPADA RAKAN-RAKAN.


#JHEAINS #CITRAISLAM #SRIISALWAYSNO1

LAGI

PETANDINGAN SEMPENA MINGGU SAINS NEGARA 2020 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN ANJURAN AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

TAHNIAH DIUCAPKAN DI ATAS KEJAYAAN MEMENANGI PETANDINGAN SEMPENA MINGGU SAINS NEGARA 2020 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN ANJURAN AGENSI NUKLEAR MALAYSIA.
SYABAS BUAT ADIK RAZA HARRAZ ZAQWAN BIN RAHIM DAN ADIK NUR FARISYA SARA BINTI SAIFUL HASMEROL ERWAN ANDA HEBAT!!. SEMOGA DENGAN KEJAYAAN INI DAPAT MENJADI SUMBER INSPIRASI KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN.
#SRIISALWAYSNO1 #MINGGUSAINSNEGARA2020 #GOENGINEER

LAGI

PERTANDINGAN BOLA SEPAK NORMA BAHARU PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 1 TAHUN 2020 BAWAH 15 DAN 18 TAHUN

ALHAMDULILLAH DAN TAHNIAH KEPADA WAKIL SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH SERI SETIA YANG TERDIRI DARI PARA PELAJAR KELAB ESKLUSIF BOLA SEPAK SEKOLAH KERANA TELAH MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH DENGAN MENDAPAT TEMPAT DALAM PERTANDINGAN BOLA SEPAK NORMA BAHARU PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 1 TAHUN 2020 BAWAH 15 DAN 18 TAHUN. TERIMA KASIH DAN TAHNIAH!

LAGI

Page 1 of 12