Utama > Pengenalan

13-Feb-2019

PENGENALAN

 

Pada tanggal 3 Disember 1989, Sekolah SRI Seremban ditubuhkan dengan bilangan murid sekitar 27 orang dan dua orang guru. Bermulalah satu perjalanan hidup yang dihiasi dengan episod-episod yang menarik. Sekolah SRI Seremban dicetuskan atas keinginan dan hasrat yang menggunung daripada kumpulan usrah ABIM demi menyediakan kelangsungan pendidikan Islamkepada anak-anak mereka. Bertitik tolak daripada itu, dengan segala kepayahan, iltizam dan keyakinan yang tinggi serta pergantungan harap yang jitu ke hadrat Ilahi, maka Sekolah SRI Seremban memulakan sesi pengajiannya. Infrastruktur yang serba kurang dan dhaif, tidak mematahkan semangat dan kesungguhan Lembaga Pengelola Sekolah dan guru-guru untuk terus melaksanakan jihad pendidikan . Sekolah SRI Seremban telah berdaftar dengan no. pendaftaran NJA4001 di bawah Unit Perhubungan dan Pendidikan Swasta dan Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan.

Berbekalkan visi dan misi yang suci , sekolah terus berkembang gagah menongkah arus dan menepis segala mehnah serta cabaran yang bukan sedikit menggoyahkan keyakinan masyarakatterhadap sekolah.

Sekolah SRI Seremban adalah sebuah sekolah swasta di bawah rangkaian sekolah-sekolah Yayasan Takmir-Pendidikan. Sekolah ini menawarkan pendidikan bersepadu yang mengabungjalinkan pendidikan akademik dengan pendidikan diniah (agama). Pendidikan yang ditawarkan adalah bermula seawal peringkat Prasekolah (6 tahun), Rendah (7-12 tahun) dan Menengah (13-17 tahun). Harapan sekolah amat besar dalam Membina Insan Soleh. Dalam usaha ini, sekolah amat memerlukan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada semua. Terima kasih atas segala sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh semua.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa mengunjungi Laman Web Sekolah SRI Seremban.