:
INFAQ BAIK PULIH PADANG SRI SEREMBAN
Share:


Assalamualaikum wbt ibu bapa & penjaga yang dihormati,
Alhamdulillah, padang sekolah kini telah siap dan boleh digunakan oleh anak-anak kita untuk bermain, bersukan dan membina kenangan indah bersama rakan-rakan.

Namun, masih ada RM146,500 yang diperlukan untuk melengkapkan kos baik pulih padang ini.

🤲 Jom kita sama-sama bantu melengkapkan infaq ini.
🎯 Sasaran infaq: RM120 sekeluarga ATAU seikhlas hati membantu❤️
💚 Kecil bagi kita, sangat besar manfaatnya buat mereka.

Setiap kali anak-anak berlari, bermain dan bersukan di padang ini, insyaAllah ia menjadi sebahagian daripada pahala dan sumbangan kita untuk menyediakan persekitaran sekolah yang lebih baik buat mereka.

📌 Sasaran kutipan sehingga November 2026
💳 Infaq boleh disalurkan melalui:

PIBG SEKOLAH SRI SEREMBAN
Bank Muamalat
05010002642710

📲 QR pembayaran turut disediakan pada poster di atas.
✨ Ayuh kita bersama-sama membantu menyelesaikan kos baik pulih padang ini untuk anak-anak kita.

“Bersama kita bina, bersama mereka gemilang.”

Terima kasih atas setiap sumbangan, doa dan sokongan daripada ibu bapa sekalian. Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya.