Kepada para huffaz di Negeri Sembilan, inilah peluang untuk melengkapkan perjalanan ilmu anda dengan persediaan menduduki SPM melalui Program Fast Track SPM Negeri Sembilan Lepasan Tahfiz (Pengambilan 2027)!
💡 Mengapa Anda Perlu Memohon?
- Laluan pantas khas untuk lepasan tahfiz membuat persediaan menduduki SPM.
- Peluang melanjutkan pengajian dalam bidang STEM mahupun Pengajian Islam.
📋 Syarat Kelayakan Utama:
✅ Menghafaz sekurang-kurangnya 20 juzuk al-Quran dan komited untuk melengkapkan hafazan 30 juzuk.
✅ Berumur antara 16 hingga 20 tahun.
✅ Anak Negeri Sembilan atau telah menetap di Negeri Sembilan melebihi 3 tahun.
📅 Permohonan dibuka sehingga 15 November 2026!
📲 Imbas kod QR pada poster untuk membuat permohonan sekarang.
📞 Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi nombor yang tertera pada poster.