MABIT 1.0 (TAHUN 4)
26-27 April, Jumaat-Sabtu
Sekolah SRI Seremban
Penyertaan murid darjah 4 lebih 100 orang
Murid mendaftarkan diri bermula 5.30 petang di Dataran Khalifah. Kemudian murid-murid mengemas dan menyusun barang di kelas bagi menginap.
Murid kemudiannya diberikan taklimat ringkas oleh Ustaz Badrul, KJD di Musolla al-Fateh. Seterusnya mereka bergerak ke Dewan Makan untuk makan malam. Usai makan, murid bergerak mengambil wudhu', membaca mathurat dan solat Maghrib berjamaah di Musolla al-Fateh.
Selepas solat Maghrib, murid mendengar kuliyah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Badrul, KJD sehingga masuk waktu Isyak. Murid meneruskan aktiviti dengan mendirikan solat Isyak berjemaah dan aktiviti LDK: Awesome School.
Ustaz Radzi bersama 3 orang fasi PPINS (Adam, Akif dan Damia) mengendalikan LDK sehinggalah ke sesi pembentangan berkumpulan. Selesai pembentangan, murid-murid membaca surah al-Mulk, minum malam dan tidur di kelas masing-masing.
Hari seterusnya, murid dikejutkan untuk bersiap mengadakan qiam dan solat Subuh bersama Ustaz Faizal. Usai solat Subuh, Ustaz Alias memberikan pengisian kuliyah Subuh.
Slot senaman pula dikendalikan oleh Ustaz Radzi bersama fasi PPINS dan disambung dengan gotong royong kelas serta persekitaran sekolah.
Murid-murid bergerak pulang selepas jam 8 pagi.